RESIPI

CERAMAH

iboard SPP81

TAKLIMAT PERSONAL WEBSITE STAF & WORDPRESS

Assalammualaikum /  Salam sejahtera

Unit IT FBME akan mengadakan taklimat berkenaan personal website staf. Semua pensyarah adalah dijemput hadir.
Taklimat ini akan  diadakan seperti dibawah :

Tarikh : 7hb April 2016
Masa   : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Komputer Aras 5 T02

MANUAL personal website staf akan diberi pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih

Top 30 Most Creative DIY Organisation & Storage Ideas You Need To Know

PERTANDINGAN VIDEO PATRIOTIK

image001

RESEPI KEK BATIK

Resepi Kek Batik

Bahan-bahan buat kek batik:

– 2 cawan milo
– 2 sudu besar serbuk koko
– 1 tin susu pekat manis
– 1 buku buttercup
– 1 paket biskut Marie

Cara buat kek batik:

  1. Cairkan dulu butter dalam periuk yang dipanaskan dengan api kecil. Bila sudah cair, masukkan susu pekat dan gaul lagi hingga sebati.
  2. Lepas itu, masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam periuk. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati. Jangan tinggalkan sebatian ini berketul-ketul.
  3. Masukkan biskut Merrie yang telah dipatahkan (tidak sampai hancur) sebelumnya ke dalam periuk, dan gaul hingga rata.
  4. Lepas itu, masukkan adonan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic biar mudah nak dikeluarkan.
  5. Padatkan kek batik tadu dengan tekan-tekan menggunakan sudu.
  6. Bila dah padat, simpan loyang ke dalam peti sejuk sekira 3 jam.

Bahan buat cheese topping:

– 250 gm cream cheese
– 1 biji telur
– 2 sudu makan gula kaster

Cara buat kek batik cheese:

  1. Kacau semua bahan sampai halus dan letakkan di atas kek batik.
  2. Bakar dalam oven dengan panas 160 darjah selama 5 minit.
  3. Angkat dan sejukkan sebelum di hiris.

Selamat mencuba resepi kek batik coklat milo topping cheese lembut dan sedap.

 

SENARAI KEPERLUAN BILIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FBME (T02)

bilik keperluan kelas

Manual Import Emel UTM : How to get/Import Your Old Emel (Desknow)

ManualImportEmel-2

FUNGSI SWITCH

Switch merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan atau circuit semasa penghantaran data kepada destinasinya. Ia turut dimuatkan fungsi router iaitu perkakasan atau perisian yang mampu menentukan laluan bagi data yang akan dihantar. Secara umumnya, switch adalah lebih mudah dan merupakan mekanisma yang lebih laju dari router. Switch selalunya berada pada lapisan ke 2 iaitu lapisan Data Link. Namun terdapat switch baru yang berfungsi pada lapisan ke 3 iaitu lapisan Network (IP switches). Dalam rangkaian yang besar, perjalanan data dari satu switch ke switch yang berada didalam rangkaian yang berlainan dikenali sebagai hop. Masa yang diambil oleh switch untuk menghantar data pula dikenali sebagai latency. Switch boleh dijumpai pada peringkat rangkaian backbone dan gateway dimana satu rangkaian bersambung dengan rangkaian yang berlainan dan pada sub rangkaian yang lain. Dalam rangkaian yang mudah pula, switch tidak diperlukan untuk mesej yang dihantar dan diterima didalam rangkaian. Sebagai contoh, Local Area Network boleh menggunakan token ring atau token bus dimana setiap mesej yang dihantar akan dikenalpasti oleh setiap komputer untuk mengetahui sama ada alamat mesej itu ditujukan kepada komputer tersebut atau tidak. Ia memecahkan keseluruhan rangkaian menjadikan bahagian-bahagian yang dipanggil segmen. Setiap portnya tiada berkaitan di antara satu sama lain dan mempunyai kelajuan tersendiri. Switch juga merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan “central connection point” untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.

 

SUMBER DARI http://juruteknik-komputer.blogspot.com/

Untuk Semak Webometrik Web Anda

Untuk semak webometrik website anda boleh layari web ini :

http://www.similarweb.com/