Follow us :



Visit Site :


      
    Full Calendar

History

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menggabungkan Fakulti Biosains dan Bioperubatan (FBB) dengan Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan (FKBSK) menjadi sebuah fakulti baru berkuat kuasa pada sesi pengajian 2012/2013 yang bermula bulan ini.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, fakulti baru berkenaan dikenali sebagai Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan (FBME).

“Menerusi penggabungan itu, sistem pengajaran dan pembelajaran akan dapat diperkukuhkan memandangkan terdapat kesamaan bidang kepakaran seperti biokimia, biosensor dan permodelan biologi. “Langkah berkenaan mampu menjimatkan kos emolumen sehingga lebih RM200,000 setahun kepada UTM tidak termasuk kos pengurusan dan pentadbiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaini berkata, bangunan FBB yang terletak di Kluster Penyelidikan di kawasan kampus akan dijadikan bangunan utama FBME yang menempatkan pejabat pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan akademik.

Menurutnya, bangunan berkenaan turut menempatkan makmal dan peralatan untuk program prasiswazah, kemudahan pengajaran dan pembelajaran untuk 700 mahasiswa termasuk cawangan Perpustakaan Sultanah Zanariah. “Pelbagai peralatan ditempatkan di bangunan berkenaan yang dijadikan tempat utama mahasiswa prasiswazah dan pasca siswazah menjalankan kerja kursus kerana kedudukannya di dalam kampus.

“Sementara itu, bangunan FKBSK yang terletak di Taman Universiti menjadi bangunan satelit yang dilengkapi dengan makmal dan peralatan untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang bioperubatan,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20120912/wj_01/UTM-gabung-2-fakulti-bioperubatan#ixzz2Qnl00MXI
© Utusan Melayu (M) Bhd