HEBAHAN PROGRAM HARI INFORMASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Rekrutmen & Kemasukan Mahasiswa (SRAD) dengan kerjasama semua Fakulti akan menganjurkan Program Hari Informasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) seperti perincian berikut :-

Tarikh : 05 Ogos 2018 (Ahad)
Masa : 10pagi – 5petang
Tempat : Aras 1 & 2, Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur

Tarikh : 12 Ogos 2018 (Ahad)
Masa : 10pagi – 5petang
Tempat : Blok F54, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru

Sehubungan itu, pihak SRAD ingin meminta bantuan semua Fakulti & Bahagian PTJ untuk membuat hebahan berkaitan program ini. Hari Informasi UTM ini terbuka kepada semua calon yang berminat dan ingin melanjutkan pengajian di peringkat Pascasiswazah.
Insentif berupa pengurangan yuran sebanyak RM500.00 akan diberikan kepada calon yang telah mendapat surat tawaran dan membayar penuh yuran pengajian ketika program berlangsung serta pengecualian yuran permohonan bagi calon yang ingin membuat permohonan atas talian.

Speak Your Mind