Hike for Life : Gunung Arong

Pada 12 hingga 13 Mei,BIOMEHS telah berjaya mengadakan program outdoor iaitu Hike for Life : Gunung Arong di Gunung Arong,Mersing,Johor.Program ini dianjurkan oleh Persatuan BIOMEHS untuk mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan yang terbuka kepada pelajar Tahun Satu hingga Empat.Pihak urusetia telah mensasarkan kehadiran peserta seramai 45 orang yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Fakulti FBME. Jumlah asal peserta yang mendaftar ialah 42 orang tetapi seramai 3 orang peserta telah menarik diri atas sebab-sebab yang munasabah.

 

LATAR BELAKANG PROGRAM

 

Terletak 17km dari bandar Mersing, Gunung Arong hanya 40 minit dari bandar Mersing dan 1.5 jam hingga 2 jam dari Johor Bahru. Gunung Arong  baru-baru ini disenaraikan sebagai 10 tempat teratas yang mesti dikunjungi pelancong atau penggemar pendaki gunung di Semenanjung Malaysia. Pada cuaca yang baik kita boleh melihat pemandangan laut yang indah dari sudut pemandangan gunung dan laluan mendaki adalah agak mudah untuk berjalan kaki. Hutan Lipur Gunung Arong terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong yang merupakan hutan dipterokarpa tanah rendah.

Kawasan ini sesuai untuk aktiviti rekreasi seperti mendaki, perkhemahan dan menawarkan pelawat peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan juga mempelajari tentang jenis spesis pokok. Gunung Arong juga menyediakan pemandangan yang indah iaitu pantai yang berdekatan dan air laut yang biru. Dengan melakukan beberapa aktiviti di sana, ia akan meningkatkan gaya hidup sihat di kalangan peserta iaitu melalui aktiviti mendaki yang boleh meningkatkan stamina dan menguji ketahanan peserta. Program ini juga penting kerana ia memberi kesedaran dan pengetahuan kepada generasi muda bahawa tentang kepentingan untuk mengekalkan keaslian khazanah negara.

 

MATLAMAT PROGRAM

Sebagai salah satu inisiatif untuk mewujudkan kerjasama yang jitu di antara mahasiswa/i dan staf FBME, satu program telah dilaksanakan oleh Persatuan Pelajar Kejuruteraan Bio-Perubatan Dan Sains Kesihatan (BIOMEHS) dengan kolaborasi Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan (FBME). Melalui program ini, mahasiswa dan mahsiswii serta staf dapat melibatkan diri dalam aktiviti lasak yang menyihatkan badan serta mendapat peluang untuk menghayati keindahan alam semula jadi. Program ini juga dapat membina ketahanan diri dari segi mental dan fizikal.

 

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program/aktiviti ini adalah:

 

  • Untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa/i junior dan senior.
  • Memupuk penglibatan di dalam aktiviti bersukan dan beriadah
  • Memberi pendedahan kepada aktiviti-aktiviti lasak seperti memanjat gunung kepada pelajar
  • Meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar
  • Untuk memupuk gaya hidup sihat kepada pelajar.
  • Untuk memupuk perasaan menghargai alam sekitar yang perlu dipelihara dan dijaga dengan sebaiknya
TENTATIF

 

Kesemua perancangan yang dirangka berlangsung dengan jayanya mengikut jadual yang dirancang.

Jumaat, 12th Mei 2017

11.00 a.m –11.30a.m Pelajar berkumpul di perhentian bas FAB
11.30 a.m –2.30 p.m Bertolak ke Gunung Arong, Mersing, Johor
3.00 p.m – 4.00 p.m Ketibaan

Melakukan persiapan tempat di tapak khemah Teluk Gorek Resort

4.00 p.m – 6.00 p.m Aktiviti ringan dan permainan dijalankan

-Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan

-Bermain dodge ball

7.00p.m – 8.00 p.m Jamak Ta’dim (Persediaan)
8.00pm – 9.00 pm Makan malam(Bbq)
9.00p.m – 11.00p.m Permainan
11.00 p.m Rehat dan tidur

 

Sabtu, 13th Mei 2017

3.00 a.m Bangun awal untuk persiapan mendaki

-Sarapan pagi ringan sebagai alas perut

-Sesi memanaskan badan

-Sesi taklimat tentang keselamatan

-Membaca doa

4.00 a.m Memulakan perjalanan mendaki
6.15 a.m Ketibaan di puncak

-Mendirikan solat subuh

6.15 a.m – 8.00 a.m Menghayati pemandangan matahari terbit

Sesi bergambar untuk kenang-kenangan

8.00 a.m – 10.15 a.m Memulakan perjalanan pulang melalui jalan yang lain, iaitu melepasi tiga buah teluk yang berbeza
10.15a.m – 10.45a.m Sarapan pagi
10.45a.m – 12.30 a.m Meluangkan masa di pantai

Aktiviti ringan dan permainan santai

-Permainan berlumba lari di dalam air

12.45 a.m – 1.15 p.m Makan tengah hari
1.15 p.m – 2.00 p.m Berkemas untuk pulang

Sesi bergambar terakhir

2.00p.m – 3.00p.m Jamak Ta’dim
3.00 p.m Bertolak dari Gunung Arong
5.30 p.m Arrival at UTM